Isnin, 26 Januari 2009

Gajah lebih 'bahagia' di Malaysia

GAMBAR bertarikh 16 November 2005 ini menunjukkan sekumpulan gajah di Taman Negara Malaysia, Pahang.

BANGKOK - Penyelidik semalam mengumumkan bahawa satu teknik penyelidikan terbaru mendapati jumlah gajah Taman Negara di Malaysia adalah melebihi 600 ekor.

Kajian itu dijalankan oleh Persatuan Perlindungan Hidupan Liar yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Malaysia.

Kedua-dua agensi tersebut mendapati sejumlah 631 gajah Asia hidup di Taman Negara Malaysia di tengah Semenanjung Malaysia.


"Kajian itu menunjukkan Taman Negara adalah salah satu tempat penempatan terbesar gajah Asia di Asia Tenggara," kata Pengarah Persatuan Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia, Melvin Guma.

"Sebelum kajian itu dilakukan, jumlah sebenar gajah tidak diketahui walaupun terdapat alasan kukuh bahawa jumlah haiwan tersebut memang banyak," katanya.

Gajah Asia berada dalam bahaya kerana kekurangan habitat serta aktiviti pemburu haram dan 30,000 hingga 50,000 ekor haiwan itu masih hidup di Asia. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan