Selasa, 9 Disember 2008

Wanita berambut pendek tidak seksi


LONDON: Wanita yang berambut pendek kurang seksi dan menawan berbanding mereka berambut panjang.

Ini rumusan penyelidik yang menyifatkan rambut pendek turut menjadi isyarat wanita tidak lagi berminat mengadakan seks.

"Rambut pendek juga menumpulkan tarikan lelaki terhadap wanita termasuk di bilik tidur," kata pakar psikologi perhubungan, Dr Pam Spurr kepada akhbar Daily Star.

Kenyataannya itu menyusuli dakwaan pakar terapi seks, Pamela Stephenson, 59, yang menyifatkan wanita memotong rambut sengaja menjadikan diri mereka kurang seksi.

Teori itu mendapat sokongan saintifik apabila pakar mengaitkan rambut panjang dengan seks wujud sejak era Zaman Batu.


"Wanita yang tidak mahukan seks, memotong rambut untuk menunjukkan siapa lebih berkuasa di bilik tidur," kata Spurr.

Seorang lagi pakar perhubungan, Anjula Mutanda berkata: "Lakaran di dinding gua menunjukkan wanita berambut panjang lebih dihargai". - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan