Rabu, 31 Disember 2008

UBAT BARU UNTUK RAWAT HIV


SATU lagi ubat untuk merawat penyakit jangkitan virus HIV yang membawa kepada penyakit Aids, telah diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura.

Ubat Isentress juga dikenali sebagai raltegravir itu digunakan secara bersama dengan ubat-ubat lain bagi melawan virus HIV itu.

Isentress berfungsi dengan menyasarkan tindakannya ke atas enzim integrase yang berperanan membiakkan virus HIV.


Ubat tersebut dihasilkan oleh syariakt ubat-ubatan, Merck Sharp & Dohme (MSD).

Sejak dikesan pada 1981, penyakit Aids telah merebak dengan pesatnya di seluruh dunia. Secara bersama, HIV dan Aids telah membunuh lebih 25 juta manusia di seluruh dunia.

Pada masa ini, dianggarkan 33.2 juta manusia di seluruh dunia dijangkiti HIV. - cyberita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan