Rabu, 24 Disember 2008

Syarat cermin gelap kenderaan dilonggar


KUALA LUMPUR: Syarat cermin gelap bagi kenderaan akan dilonggarkan dengan pindaan Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu).

Dengan pindaan dijalankan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu, pemilik kenderaan boleh memasang cermin lebih gelap dengan kadar ketelusan cahaya lebih rendah daripada kadar yang dibenarkan ketika ini.

Ketika ini, pemilik kenderaan dibenarkan memasang filem penapis cahaya pada kadar ketelusan cahaya 70 peratus untuk cermin depan dan 50 peratus bagi cermin sisi serta belakang.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, menegaskan pengurangan kadar ketelusan cahaya itu tidak bermakna cermin akan menjadi lebih gelap sebaliknya filem yang digunakan dilengkapi penapis sinaran ultra ungu (UV). - bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan