
POZNAN (Poland): Sweden muncul negara paling bersih menangani pelepasan gas rumah hijau, manakala Arab Saudi di tangga paling bawah dalam usaha mengurangkan punca pemanasan global itu.
Laporan Indeks Tindakan Perubahan Cuaca yang menjadi pengukur kerjasama negara disediakan dua badan bukan kerajaan, Germanwatch dan Climate Action Network pada persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, laporan itu meletakkan Sweden di tempat keempat kerana tiada satu pun negara di dunia ini disifatkan layak menduduki tiga tempat teratas senarai berkenaan.Negara di belakang Sweden adalah Jerman, Perancis, India, Brazil, Britain dan Denmark.
Sepuluh negara di kedudukan paling bawah adalah Greece, Malaysia, Cyprus, Russia, Australia, Kazakhstan, Luxembourg, Amerika Syarikat, Kanada dan Arab Saudi. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan