
DUA pegawai bomba memeriksa rumah Allahyarham Sudirman yang musnah terbakar di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab, semalam.
TEMERLOH: Rumah kelahiran penyanyi popular, Allahyarham Sudirman Haji Arshad di Kampung Tok Embun dekat sini, musnah dalam kebakaran awal pagi semalam dipercayai ada kaitan dengan penagih dadah yang menjadikan rumah kosong itu sebagai lokasi mereka melepaskan gian akibat ketagihan.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan di rumah kayu berkenaan yang ditinggalkan kosong sejak dua tahun lalu, selepas ibu tiri Allahyarham Sudirman, Maria Mohamad berpindah ke rumah anak bongsunya, Maslina di bandar ini dan meninggal dunia pada 6 Ogos lalu.
Maslina berkata, dia terkejut dengan kejadian kebakaran pada jam 4 pagi itu kerana rumah berkenaan menyimpan banyak kenangan keluarganya termasuk bersama Allahyarham Sudirman.
"Sekarang rumah kayu itu sudah tiada dan saya yakin kebakaran itu ada kaitan dengan kegiatan penagihan dadah di rumah kosong itu, malah kes berkenaan pernah dilaporkan kepada polis sebe-lum ini," katanya ketika dihubungi, semalam.
"Arwah Sudirman lahir di rumah itu dan semua adik beradik kami dibesarkan di situ sejak kami berpindah pada 1969.
Allahyarham Sudirman, anak ketujuh daripada sembilan beradik meninggal dunia pada 22 Februari 1992.
Katanya, laporan awal yang diterima memaklumkan kebakaran hanya membabitkan tiang lampu di situ. - bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan