
LONDON - Lebih separuh penggemar muzik yang menggunakan alat iPod atau lain-lain pemain muzik MP3 berhadapan risiko pekak kerana mereka mendengar lagu terlampau kuat, lapor sebuah akhbar semalam.
Ujian rambang terhadap para pemilik MP3 di lapan buah bandar raya mendapati 54 peratus daripada mereka memainkan muzik dengan bunyi kuat untuk tempoh terlalu lama.
Hampir dua pertiga pemilik menggunakan gajet itu pada paras lebih daripada paras 85 decibel iaitu tahap maksimum yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Satu penyelidikan menunjukkan bahawa 58 peratus daripada pengguna berusia antara 16 dan 30 tahun sama sekali tidak menyedari risiko kepada pendengaran mereka akibat penggunaan pemain MP3.
Penemuan mengejutkan itu dibuat oleh Institut Diraja Untuk Golongan Cacat Pendengaran yang membuat penyelidikan dengan menyukat tahap bunyi pemain MP3 secara rambang. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan