
KITA melakukannya setiap hari, namun pernahkah anda terfikir mengapa kita ketawa?
Apakah sebenarnya yang kita lakukan apabila kita tertawa?
Pertama sekali, pengajian fisiologi tentang aksi ketawa digelar sebagai gilotologi (gelotogology).
Proses ketawa adalah reaksi fisiologi tubuh kita apabila sesuatu yang diproses minda kita sebagai lucu.
Saintis percaya otak manusia berhubungan dengan proses ketawa menerusi sistem limbik yang turut mengawal emosi manusia yang lain.
Sistem limbik adalah rangkaian struktur yang mengawal pemikiran di dalam otak manusia.
Proses ketawa terbahagi kepada dua bahagian - penghasilan bunyi dan satu set pergerakan beberapa bahagian tubuh kita.
Sebagai contoh, sebanyak 15 otot berbeza pada wajah kita akan mengecut dan mengembang apabila kita melihat atau mendengar sesuatu yang melucukan.
Sistem pernafasan kita juga terjejas apabila minda kita mengesan sesuatu yang lucu.
Pengambilan udara juga akan terganggu dan menjadi tidak menentu, memaksa kita ketawa terbahak-bahak, misalnya.
Mengapa pula kita ketawa?
Soalan ini sebenarnya mempunyai jawapan yang sama seperti soalan 'mengapakah otak manusia mengarahkan manusia untuk ketawa'.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa manusia ketawa untuk meredakan perasaan cemas dan suasana kurang selesa.
Sebaliknya, ketawa juga adalah satu aktiviti sosial yang dilakukan apabila anda berasa selesa di kalangan rakan-rakan.
Masih banyak lagi yang perlu dikaji tentang proses ketawa manusia, namun adalah memadai meringkaskan bahawa proses ini adalah sesuatu proses semula jadi yang menampilkan emosi seseorang. - Cyberita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan