Jumaat, 26 Disember 2008

Penulis blog subversif dihukum


HANOI: Kementerian Komunikasi dan Penerangan Vietnam yang bertanggungjawab terhadap internet di negara itu mengharamkan blog subversif dan menentang kerajaan, keselamatan atau rahsia ekonomi.

Satu pekeliling kementerian itu yang dipetik akhbar Hanoi Moi berkata, blog sepatutnya memudahkan hubungan dan perkongsian maklumat, mengikut tradisi dan undang-undang Vietnam serta ditulis dalam bahasa Vietnam dan bersih.

Internet semakin diminati di Vietnam sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan blog juga kian popular.

Lebih 21 juta penduduk menggunakan internet di negara itu atau suku daripada jumlah penduduknya, kata Pusat Internet Vietnam kementerian terbabit.


Tahun lalu, Vietnam mempunyai 17.7 juta pengguna internet berbanding 14.7 juta pada 2006. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan