Selasa, 2 Disember 2008

Moyang penyu tinggal di darat


PENYU gemar tinggal agak lama di dasar laut.

EDINBURGH - Sepasukan krew muzium sejarah semula jadi England menemui fosil beberapa penyu purba di Scotland yang mendedahkan evolusi reptilia itu daripada darat kepada laut.

Penemuan moyang penyu berusia 164 juta tahun dikenali sebagai Eileanchelys waldmani atau diterjemahkan penyu daripada pulau itu baru-baru ini dilaporkan jurnal Royal Society.


Fosil reptilia air itu dijumpai terletak di sebuah blok batu pantai di Teluk Cladach a'Ghlinne, tanjung Strathaird dan kini dipamerkan terbuka di muzium kebangsaan Scotland di sini.

"Inilah rangka penyu zaman Jurassic pertengahan yang paling lengkap namun mencetuskan misteri kenapa mereka pergi ke laut?" soal saintis Jérémy Anquetin. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan