
LONDON: Pekerja lelaki yang memiliki ketua tidak bertimbang rasa, tidak hanya berdepan keadaan sukar di tempat kerja, tetapi boleh meningkatkan risiko diserang penyakit jantung, menurut satu kajian.
Penyelidik Sweden mendakwa menemui kaitan yang kukuh antara kepemimpinan buruk dengan risiko sakit jantung dihadapi pekerja.
Sepanjang kajian, sejumlah 74 kes serangan jantung, dilaporkan berlaku.
Lebih memburukkan keadaan, risiko serangan jantung itu meningkat jika pekerja lama berkhidmat di bawah ketua sama.
"Perasaan tertekan mendatangkan kesan buruk, termasuk menggalakkan tabiat merokok yang meningkatkan ancaman sakit jantung," kata penyelidik Institut Karolinska dan Universiti Stockholm.
Dalam penyelidikan itu, responden diminta menilai gaya kepemimpinan ketua dan barisan pengurusan mereka, termasuk aspek penetapan sasaran bagi pekerja selain sejauh mana keberkesanan komunikasi mereka dengan pekerja.
Pekerja yang berasakan ketua mereka kurang cekap terbukti mempunyai risiko 25 peratus masalah serangan jantung serius.
Mereka yang didapati bekerja di bawah ketua sama bagi tempoh lama iaitu lebih empat tahun, mencatat risiko diserang sakit jantung sebanyak 64 peratus.
Jururawat dan wakil Yayasan Jantung Britain, Cathy Ross mengalu-alukan kajian itu yang disifatkan mendedahkan risiko sebenar kaitan antara persekitaran tempat kerja dengan peranan ketua.
"Perasaan tertekan itu hanya mencetuskan banyak masalah berkaitan. Lebih buruk lagi, kesannya bukan kepada soal kerja, tetapi tahap kesihatan pekerja." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan