Hati- Hati SMS Tawar Ganjaran RM200
Petronas Tidak Pernah Anjur Skim Penebusan Hadiah
Hati- Hati SMS Tawar Ganjaran RM200
KANGAR, 18 Dis - Berhati-hati jika anda menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa anda akan diberi ganjaran sebanyak RM200 jika membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30.
Seorang gadis, Nurul Shafinaz Ismail, 23, yang teruja dengan tawaran itu akhirnya menyedari ia satu penipuan apabila mendapati bukan sahaja ganjaran itu tidak muncul malahan tambah nilai RM30 yang dilakukannya dicatat sebagai bernilai RM10 sahaja.
"Kira-kira jam 9 pagi, 1 Disember lalu saya menerima satu SMS yang menyatakan saya telah mendapat RM200 kredit ganjaran daripada Hotlink@Gift dan untuk menebus ganjaran dikehendaki isi semula kredit minimum RM30 sah mulai 1 hingga 3 Disember lalu.
"Selepas membuat tambah nilai, pelanggan diminta mendail *100*7*4*3*0178955493*20*1#," katanya dan menurutnya beliau kemudiannya menerima SMS bahawa tambah nilai yang dilakukan telah dikongsi dengan nombor yang diberikan itu.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini, gadis itu berkata beliau dimaklumkan jurucakap Maxis Center Kangar ganjaran ditawarkan oleh syarikat itu akan tertera HotlinkGift dan bukannya Hotlink@Gift seperti dalam SMS itu. - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan