Selasa, 30 Disember 2008

Gitar pertama Cobain 1992 berjaya dilelong


BIARPUN rosak, gitar Cobain masih menjadi rebutan peminatnya.

NEW YORK - Walaupun sudah 15 tahun vokalis utama kumpulan Nirvana, Kurt Cobain meninggal dunia, mendiang masih mendapat tumpuan para peminat setia yang mahu memililki gitar pertamanya.

Menurut laman web rollingstone.com, gitar Fender Mustang yang dipecahkan mendiang ketika persembahan di New Jersey kini dibida pada harga AS$100,000 (hampir RM345,000).

"Gitar ini sangat menarik kerana ia digunakan pada konsert jelajah pertama selain ada pemetik dengan tulisan tangan penyanyi itu," jelas seorang kurator di Experience Music Project di Seattle.

Namun nilai lelongan itu gagal mengatasi sebuah lagi gitar Cobain jenis Mosrite Gospel Mark IV yang berjaya dijual pada 2006 dengan harga AS$131,000 (lebih RM451,000). - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan