Selasa, 9 Disember 2008

Cium buat gadis hilang pendengaran

BEIJING: Seorang wanita muda di selatan China hilang pendengaran selepas melakukan aksi bercium keterlaluan dengan kekasihnya, lapor media tempatan semalam.

Gadis berusia 20-an dari Zhuhai, di wilayah selatan Guangdong, pergi ke hospital dengan pekak sepenuhnya di telinga kiri, kata China Daily, memetik satu laporan akhbar tempatan.

"Ciuman itu mengurangkan tekanan dalam mulut, menarik gegendang telinga keluar sekali gus menyebabkan kerosakan telinga," akhbar memetik seorang doktor dikenali Li sebagai berkata. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan