Rabu, 3 Disember 2008

Batman mati dalam komik?



LONDON – Legasi Batman dalam siri komik mungkin ditamatkan sebagai sebahagian daripada jalan cerita, lapor sebuah akhbar semalam.

Cerita Batman RIP akan menyaksikan berakhirnya Bruce Wayne sebagai Batman berikutan karakternya akan dimatikan atau ditamatkan oleh watak jahat The Black Glove.


"Apa yang saya cuba tonjolkan ialah nasib lebih buruk daripada kematian, perkara yang tidak ada individu dapat jangka akan berlaku kepada watak ini," kata penulis komik, Grant Morrison. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan