Rabu, 17 Disember 2008
Air panas ala Musytari
WASHINGTON - Saintis Amerika Syarikat berjaya menemui bukti terdapatnya lembapan air di ruang atmosfera sebuah planet yang terletak hanya 63 tahun cahaya daripada Bumi.
Suhu permukaan planet HD 189733b itu mampu mencecah 900 darjah Celsius dan teka-teki mengenai adanya lembapan air tersebut dirungkaikan menerusi pemerhatian teleskop cerap.
Saintis agensi angkasa NASA, Dr. Drake Deming memberitahu, beberapa petanda menyerupai air seperti di planet panas Musytari menerusi persamaan gas gergasi turut dikesan.
"Ia menghasilkan tanda unik lembapan air dan menghasilkan beberapa bentuk radiasi yang cukup tersendiri serta meninggalkan air di lapisan atmosfera," katanya. - Agensi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan