Ahad, 9 November 2008

Tsunami kuno terakhir 6 abad lalu


KESAN tsunami banyak menjejaskan kehidupan.

BANDA ACEH -Tsunami yang melanda Lautan Hindi akhir 2004 lalu bukan merupakan bencana terbesar kali pertama menggegarkan sebahagian daripada rantau Asia.

Kumpulan pengkaji dari Thailand dan Amerika Syarikat bahkan mendapati, tsunami lebih dahsyat pernah melanda Indonesia dan Thailand pada 600 hingga 700 tahun dahulu.

Mereka mengkaji sampel lumpur melibatkan 150 tapak di pantai barat Thailand dan 100 tapak lagi di Sumatera selain rekod bertulis dan lisan terus daripada penduduk tempatan sendiri.

Penemuan diterbitkan jurnal Nature itu malah menunjukkan sampel tanah terbabit menyerupai lapisan darat di Scotland yang menerima tempias tsunami kuno tersebut. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan