ANDA mungkin tahu tentang osteoporosis atau masalah reput tulang. Tetapi anda juga mungkin antara mereka yang mempunyai beberapa salah tanggapan mengenai penyakit ini.Berikut disenaraikan lima anggapan salah mengenai osteoporosis:
# Osteoporosis ialah 'penyakit wanita' saja.
Hakikatnya ialah lelaki juga terdedah kepada penyakit ini. Dalam 30 tahun lalu, jumlah orang lelaki yang mendapat osteoporosis meningkat 1.5 kali - daripada 103 kes kepada 152 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
Malah, seorang daripada setiap tiga warga Singapura berusia lebih 50 tahun yang mengalami pinggul retak ialah lelaki. Hampir 50 peratus lelaki berusia lebih 75 tahun, menghidapi osteoporosis.
# Kalsium hanya baik untuk kesihatan tulang.
Ini tidak benar kerana selain baik untuk kesihatan tulang, kalsium juga memainkan peranan dalam pengurusan tekanan darah tinggi dan berat badan.
# Risiko menghidap osteoporosis lebih rendah jika anda kurang bergerak.
Ini salah kerana jika anda tidak aktif, risiko mendapatnya lebih tinggi. Sebaliknya, aktiviti fizikal seperti mengangkat berat, boleh menguatkan tulang, begitu juga dengan berjalan pantas.
# Satu-satunya cara pesakit osteoporosis akan mengalami pinggul retak ialah jika beliau jatuh.
Tanggapan ini salah kerana pesakit boleh retak pinggulnya kerana terpeleset sedikit atau dalam kes serius kerana bersin.
# Osteoporosis menunjukkan gejala atau tanda jelas.
Penyakit ini sebenarnya penyakit senyap yang menular tanpa gejala atau rasa sakit, hinggalah tulang akhirnya reput terutama di pinggul, tulang belakang dan pinggang.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan