
SINGAPURA, 20 Nov - Sepasukan penyelidik Singapura menempa kejayaan cemerlang dalam bidang perubatan dalam memajukan sel penghasilan insulin tulen tanpa had melalui sel stem embrionik tikus, yang berkesan bagi merawat diabetes.
Sel penghasilan insulin tulen itu mempunyai struktur tisu bersel yang sama bagi penghasilan insulin di dalam pankreas, Agensi Singapura bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) mengumumkan hari ini.
Agensi itu berkata penemuan itu dibuat oleh penyelidik dari Institut Biologi Perubatan (IMB) di bawah A*STAR dan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin (YLLSoM) di Universiti Nasional Singapura (NUS).
Para penyelidik itu diketuai bersama ketua penyiasat IMB dan seorang profesor madya penyelidikan di Jabatan Pembedahan YLLSoM Dr Lim Sai Kiang dan profesor madya penyelidikan di Institut Perubatan Universiti Nasional, Dr Li Guodong.
A*STAR berkata kajian kumpulan oleh Dr Lim dan Dr Li menunjukkan apabila pemindahan kadar darah dengan kandungan glukos yang tinggi dengan tikus yang menghidap diabetis, sel penghasilan insulin yang tulen akan menyebabkan kadar darah yang mengandungi glukos pada haiwan itu akan menurun.
Kajian itu juga menunjukkan pembuangan berikutnya sel pemindahan daripada tikus yang menghidap diabetis akan dapat mengekalkan tahap darah yang mengandungi glukos kepada kadar sebenar.
Ia juga mendapati tikus yang menghidap diabetes itu tidak mengalami "teratoma" sejenis tumor yang sering dikaitkan dengan sel stem embrionik tikus yang akan merumitkan rawatan terapi.
Sel penghasilan insulin itu juga mampu mengekalkan pengeluaran insulin dan keupayaan mengesan glukos dalam sesuatu tempoh.
A*STAR berkata pencapaian penyelidik itu menyediakan bukti asas bahawa strategi itu itu boleh digunakan bagi sel stem embrionik manusia bagi mendapatkan sel penghasilan insulin yang sama.
Penemuan hasil kajian itu telah diterbitkan dalam dua kertas berasingan melalui jurnal Kajian Sel Stem versi online, tahun ini. - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan