Selasa, 25 November 2008

Larangan untuk bayi - Peraturan duduk di tempat duduk hadapan

GOMBAK (24/11/08)- Undang-undang tidak membenarkan bayi berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan walaupun bersama penjaga mungkin digubal dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, ini kerana ia mengancam keselamatan bayi ketika kemalangan kecil sekali pun.

"Kami menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan kerusi khas bayi yang dilengkapi tali keselamatan.

"Bagaimanapun, jika tidak, ibu seharusnya berada di tempat duduk belakang dan bayi harus didakap kemas supaya jika berlaku kemalangan bayi tidak mendapat kecederaan serius," katanya yang ditemui ketika mengadakan Kempen Advokasi Keselamatan jalan raya di Tol Gombak di sini semalam.

Suret berkata, buat masa ini tiada undang-undang khusus yang tidak membenarkan bayi berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Tidak semua pemandu mampu membeli kerusi khas bayi kerana harganya mahal dan cara terbaik adalah ibu atau penjaga duduk di kerusi belakang bersama bayi.

"Namun, saya difahamkan pemandu boleh menyewa kerusi tersebut daripada Persatuan Automobil Malaysia (AAM) untuk satu jangkamasa tertentu," katanya lagi. - kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan