Rabu, 17 Disember 2008

Imej janin ayam dirakam


MISTERI kejadian anak ayam banyak menarik minat saintis mengkaji untuk penyelidikan penyakit.

LONDON - Saintis Britain kini giat merakamkan imej tiga dimensi janin ayam di dalam telur dalam usaha mempelajari perkembangan awal penyakit burung itu sebelum menetas.

Pasukan penyelidik menggunakan teknik pemetaan baka yang canggih dikenali sebagai chick atlas membolehkan mereka melihat perkembangan 10 hari pertama anak ayam.

Imej akan disimpan di dalam sebuah pangkalan data katalog malah boleh diakses dan ditambah saintis dari seluruh dunia menerusi projek khas itu yang bernilai £2.6 juta (RM13.9 juta).

Majlis Penyelidikan Sains Biologi dan Bioteknologi Britain turut bekerjasama dengan beberapa universiti terbaik di negara itu bagi menjayakan penyelidikan tersebut. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan