
PERUBAHAN cuaca secara keterlaluan banyak menyebabkan empayar agung itu berkubur.
BEIJING - Keruntuhan dinasti maharaja China kuno mungkin ada kaitan dengan faktor hujan monsun ekstrem berdasarkan kepada rekod cuaca 1,800 tahun dahulu, menurut jurnal terbaru, Science.
Kajian saintis dari China dan Amerika Syarikat malah mendapati, perubahan angin monsun lembap kepada kering itu menyumbang kepada keruntuhan ketara siri dinasti Tang, Yuan dan Ming.
Ujian kimia terhadap stalagmit berukuran 118 meter panjang di Gua Wangxiang, Gansu, Utara China mendapati misteri aturan hujan monsun sering berubah tidak konsisten.
Analisis rekod hujan dan sejarah peradaban China lampau mendapati tiga dinasti itu berakhir kerana mengalami musim kering melampau untuk tempoh cukup lama. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan