Isnin, 3 November 2008

China, India diramal jadi kuasa dunia baru


SYDNEY – Taikun media, Rupert Murdoch menyatakan China dan India akan membentuk semula ekonomi dunia dalam tempoh beberapa dekad lagi selepas kejatuhan kuasa ekonomi Barat.

Murdoch yang merupakan ketua News Corp. berkata, kedua-dua negara berkenaan adalah negara hebat di mana penduduknya baru sahaja bebas daripada belenggu komunis dan kasta.

Kamajuan ekonomi mereka mendorong kemunculan kelas pertengahan baru yang mengandungi 3 bilion penduduk dalam masa 30 tahun dan memberikan satu tanda aras baru kepada persaingan global. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan