Sabtu, 29 November 2008

Badak dulu berbulu lebat


PERUBAHAN iklim semasa menyebabkan kulit badak moden tidak lagi berbulu.


BERLIN - Saintis palaeontologi di sini berjaya mencantumkan semula kepingan fosil tengkorak seekor badak sumbu tertua dijumpai di benua Eropah yang dipercayai berbulu agak lebat.

Tengkorak yang berusia 460,000 tahun itu ditemui di Jerman pada tahun 1900 lalu tetapi baru dicantumkan sebanyak 53 fragmen, menurut laporan jurnal Quaternary Science Reviews.

Ralf-Dietrich Kahlke dari institut penyelidikan Senckenberg berkata, mamalia dewasa yang telah pupus itu didapati mencapai ketinggian tiga setengah meter dan diliputi bulu tebal.

Spesimen tersebut menunjukkan ia daripada spesies badak hutan Asia, Coelodonta tologoijensis, yang hidup di utara banjaran Himalaya ketika seluruh dunia dilitupi ais. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan