Khamis, 16 Oktober 2008

Wajah futuristik Johor Bahru

GAMBARAN artis wajah fizikal Teluk Danga, Johor Bahru pada masa akan datang.

MEGA. Jika menjadi kenyataan mungkin inilah kehebatan perubahan wajah Teluk Danga atau Johor Bahru umumnya untuk beberapa tahun akan datang.

Ini ekoran pelaksanaan enam projek pembangunan di teluk itu yang dijangka menjadi antara mercu utama Johor Bahru pada masa akan datang. Ketua Pegawai Eksekutif Danga Bay Sdn. Bhd., Datuk Lim Kang Hoo pada satu sidang akhbar di Johor Bahru berkata, kesemua projek tersebut melibatkan kos keseluruhan berjumlah kira-kira RM1.2 bilion.

Antaranya, pembinaan sebanyak 152 unit villa yang menelan kos sebanyak RM900 juta di Pulau Danga. Menurutnya, pihaknya juga akan membangunkan hotel empat bintang bernilai RM120 juta dan hotel bajet bernilai sekitar RM30 juta yang mempunyai 220 bilik akan turut dibangunkan selain pusat perdagangan bertaraf global bernilai RM70 juta.

Turut akan dibangunkan ialah sebuah hotel bertaraf enam bintang bernilai RM600 juta dan satu stesen pengangkutan berpusat yang menggabungkan teksi, bas dan lain-lain. - kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan