Jumaat, 31 Oktober 2008

Teh, coklat panas serlah persepsi positif


LONDON: Jika ingin memberikan gambaran awal yang baik mengenai seseorang, berikan mereka secawan teh atau coklat panas kerana individu cenderung bersikap positif terhadap orang tidak dikenali jika dihidangkan minuman panas.

Hasil kajian luar biasa itu membantu menjelaskan mengapa ramai orang menawarkan minuman panas kepada tetamu mereka.

Penyelidik tidak pasti mengapa kemesraan fizikal mengubah cara seseorang menilai personaliti orang lain, tetapi mengesyaki manusia diprogram untuk mendapatkan kemesraan dan minuman panas mencetuskan hos kaitan positif dalam otak.


Profesor psikologi yang mengetuai kajian di Universiti Yale, Dr John Bargh, berkata: "Kesan suhu bukan sekadar bagaimana kita melihat orang lain, tetapi turut memberi kesan kepada tindak tanduk sendiri.

"Kemesraan fizikal membolehkan kita melihat orang lain mesra dan sekali gus menjadikan kita lebih mesra, pemurah dan boleh dipercayai." - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan