Rabu, 22 Oktober 2008

Sijil halal hotel hanya makanan


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeluarkan persijilan halal kepada hotel berdasarkan penilaian terhadap kaedah penyediaan makanan, perkhidmatan dan cara layanan pelanggan tanpa mengambil kira status bintang diberikan Kementerian Pelancongan kepada hotel berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Jakim bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Persatuan Pengusaha Hotel Malaysia (MAH) supaya hotel diberikan persijilan halal yang sememangnya mampu meningkatkan imej di kalangan pelawat terutama dari Asia Barat.

"Bagaimanapun, persijilan halal kepada hotel berkenaan bukan bermaksud kita menjamin pelanggan yang masuk ke hotel melakukan perkara `halal' saja," katanya di lobi Parlimen, semalam. - bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan