Sabtu, 18 Oktober 2008

Pakar gusar makanan dunia tak cukup


DUBLIN: Ramai penduduk dunia ketakutan mengenai kemelesetan ekonomi dan pengangguran. Namun bagi hampir satu bilion penduduk dunia, kebimbangan mereka ialah lebih kepada soal asas iaitu tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

Pakar dari Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat berkumpul di sini dalam satu persidangan bagi membendung kebuluran penduduk dunia berkata, dua-dua perkara itu saling berkaitan terumbang-ambing ke arah kemelesetan di negara kaya dunia meningkatkan kekurangan zat di kalangan penduduk miskin dunia.

Persidangan itu bermula semalam sempena Hari Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pakar pembangunan berkata, sebuah masyarakat global yang berupaya menderma beratus bilion bagi mengukuhkan kedudukan bank seharusnya bersedia melakukan pembahagian dalam memerangi kebuluran.

Dianggarkan 970 juta penduduk akan kebuluran dalam tempoh beberapa tahun akan datang, meningkat daripada 920 juta tahun lalu.


Namun, pakar bimbang bahawa penderma mungkin memberi alasan kemelut kewangan sebagai alasan untuk tidak menderma lebih.

"Golongan miskin biasanya diabaikan. Saya fikir mereka akan lebih terabai pada masa kini," kata pakar ekonomi Amerika Jeffrey Sachs yang juga pakar pembangunan Negara Dunia Ketiga dan penasihat Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon.

"Malah ketika tahun ekonomi rancak, agak mustahil untuk mendapat tarikan berhubung isu itu. Secara jujurnya kini ketika kita berada dalam keadaan sukar, anda tanya saya: kini adakah ia sukar? Ia sentiasa sukar noktah!" katanya dalam satu temuramah bersama AP.

"Mereka yang sudah mendapat apa yang mereka perlukan untuk terus hidup seharusnya bersedia membelanjakan satu peratus daripada pendapatan mereka untuk membantu mereka tidak mendapat apa yang mereka perlukan untuk meneruskan hidup," katanya. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan