Isnin, 20 Oktober 2008

Makam wira Gladiator ditemui

FILEM Gladiator lebih berkisar kepada imaginasi wira Rom purba.

ROME - Makam wira empayar Rom, Marcus Nonius Macrinus yang menjadi inspirasi filem pemenang Oscar, Gladiator dijumpai di Via Flaminia, utara empayar utama Rom dahulu.

Macrinus ialah wira kesayangan Maharaja Marcus Aurelius kerana banyak membantu Rom menakluk Eropah. Watak itu dilakonkan Russell Crowe selaku Maximus dalam Gladiator.

Menurut pakar arkeologi tempatan Daniela Rossi, Macrinus tidak pernah dijual untuk menjadi hamba seperti dalam filem Gladiator sebelum digelar sebagai pahlawan ulung Rom.

"Makam dijumpai masa kerja pembinaan bersama artifak berharga lain. Ia ditemui dalam keadaan berlumpur mungkin akibat banjir di Sungai Tiber dahulu," ujarnya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan