Jumaat, 10 Oktober 2008

Lelaki hafal kamus Oxford

NEW YORK: Tidak semua orang suka membaca kamus bahasa Inggeris Oxford tetapi seorang lelaki berjaya menghafal buku 22,000 muka surat berkenaan dari muka depan hingga belakang, lapor akhbar di sini, semalam.

Ammon Shea, 37, yang gemar membaca kamus sejak berusia 10 tahun menghabiskan masa setahun untuk mentelaah 59 juta perkataan kamus itu.

Warga kota New York itu berada di ruang bawah tanah perpustakaan tempatan dan menghabiskan masa 10 jam sehari untuk membaca kamus Oxford dengan bantuan puluhan cawan kopi.

“Setiap kali dia menemui perkataan yang menarik, Shea akan menulisnya kerana bimbang tidak dapat mengingatinya,” lapor akhbar The Telegraph.

Antara perkataan paling menarik baginya ialah obmutescence (sengaja mendiamkan diri), hypergelast (seseorang yang ketawa sepanjang masa), natiform (bentuk seperti punggung) dan deipnosophist (seorang yang mahir dalam seni pemakanan).


Shea mengaku, dia hampir putus asa kerana kecewa tidak memahami sebarang perkataan di sesuatu halaman kamus itu.

Dalam bukunya yang bertajuk ‘Reading the Oxford English Dictionary: One Man, One Year,’ setebal 21,730 muka surat, dia menceritakan kemuncak masalahnya ketika mula membaca muka surat bermula abjad N. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan