Rabu, 8 Oktober 2008

Kerap MC petanda mati usia muda

PARIS – Individu yang mengambil cuti panjang kerana sakit sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mati pada usia muda, menurut satu kajian.

Kajian yang diterbitkan Jurnal Perubatan British (BMJ) itu boleh membantu doktor-doktor mengenalpasti dengan lebih tepat pesakit yang mempunyai penyakit berbahaya.

Kumpulan penyelidik daripada Kolej Universiti London itu membandingkan cuti sakit pekerja kerajaan dari tahun 1985 hingga 1988 dan membandingkan dengan data kematian kumpulan yang sama pada 2004. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan