
WASHINGTON: Saintis mengenal pasti tiga gen dikaitkan dengan paras tinggi asid urik dalam darah yang menyebabkan penyakit gout dalam langkah membantu individu yang berisiko mendapat masalah radang sendi berbisa itu.
Mereka yang mempunyai gen itu berkemungkinan 30 hingga 40 kali ganda mendapat gout berbanding mereka yang tidak, kata penyelidik Amerika Syarikat dan Belanda dalam jurnal perubatan Lancet, kelmarin.
Saintis berkenaan mengumpul maklumat genetik 26,714 orang untuk mengenal pasti gen dikaitkan dengan gout.
Penyelidikan sebelum ini mengaitkan satu gen dipanggil SCLA29, dan kajian itu mengesahkannya. Ia mengenal pasti dua lagi gen, ABCG2 dan SLC17A3, yang boleh meningkatkan risiko gout.Gen ini dilihat terbabit dalam pengendalian asid urik dalam buah pinggang, kata penyelidik. Memahami peranan mereka dalam meningkatkan risiko gout boleh memberi inspirasi terhadap pembangunan ubatan bagi sasaran gen terbabit, kata penyelidik. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan