
WASHINGTON:Gas yang digunakan dalam kebanyakan bom busuk mungkin boleh mengawal tekanan darah, kata penyelidik Amerika Syarikat.
Jumlah kecil hidrogen sulfat - gas toksik dicetuskan bakteria dalam perut manusia - bertanggungjawab keluarkan bau busuk atau punca kembung perut.
Namun, gas berkenaan juga dikeluarkan enzim dalam saluran darah yang merehat dan mengurangkan tekanan darah.
Hasil kajian pada tikus mungkin membawa kepada rawatan baru tekanan darah tinggi, menurut laporan jurnal Science.
Penyelidik Universiti Johns Hopkins di Maryland mendapati gas itu dihasilkan sel yang mengalas saluran darah oleh enzim bergelar CSE.
Kajian pada tikus yang diubah suai untuk kurang pada enzim ini, mendapati paras hidrogen sulfat hampir berkurangan berbanding dalam tikus biasa.
Ukuran tekanan darah tikus kurang CSE juga kira-kira 20 peratus lebih tinggi berbanding tikus biasa yang boleh dibandingkan hipertensi serius pada manusia. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan