Isnin, 13 Oktober 2008

Gadis sengaja cederakan diri

CANBERRA: Gadis remaja lebih berkemungkinan dimasukkan ke hospital di atas perbuatan mengambil dadah berlebihan, melukakan anggota tubuh sendiri atau bentuk lain perbuatan mencederakan diri sendiri dengan sengaja berbanding jenis kecederaan lain, termasuk kemalangan jalan raya.

Perkembangan membimbangkan, didedahkan dalam perangkaan baru, menunjukkan kesan tekanan akademik melampau, perubahan dinamik keluarga dan peningkatan penggunaan dadah dan alkohol, kata pakar.

Kadar mencederakan diri sendiri di kalangan gadis berusia 13 hingga 19 tahun meningkat satu pertiga dalam masa lapan tahun lalu, bergerak ke arah bertentangan berbanding kadar bunuh diri yang semakin menunjukkan pembaikan, menurut analisis Institut Kesihatan dan Kebajikan Australia. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan