Selasa, 14 Oktober 2008

Diet daging, tenusu ada risiko kanser

LONDON: Pengambilan daging dan produk tenusu dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser prostat berikutan ia boleh menambahkan sejenis hormon dalam badan yang membantu pertumbuhan tumor.

Kanser prostat antara penyakit biasa di Britain yang dihidap 34,000 lelaki setiap tahun dan membunuh sekurang-kurangnya 10,000 orang.

Sekumpulan saintis dalam kajian terbaru mereka mendapati ada hubungan antara hormon berkenaan dan kumpulan lelaki dikesan dengan penyakit kanser prostat.

Mereka yang mengambil bahan berkenaan dalam jumlah tinggi adalah 40 peratus lebih berisiko untuk membentuk penyakit itu berbanding mereka dengan kadar yang lebih rendah. Keputusan kajian berkenaan disiarkan dalam jurnal Annals of Internal Medicine.

Kajian terdahulu menunjukkan tahap hormon lebih tinggi di kalangan lelaki makan banyak daging, keju, susu dan mentega manakala mereka mengamalkan pemakanan vegetarian menunjukkan kadar lebih rendah. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan