Khamis, 16 Oktober 2008

Berjabat tangan sebar kuman najis


LONDON: Sekumpulan saintis Britain mendakwa penduduk di utara negara itu berdepan tiga kali ganda dijangkiti bakteria najis menerusi berjabat tangan, berbanding rakan di selatan negara itu.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan kajian saintis Fakulti Perubatan dan Kebersihan Universiti London, yang sekali gus membuktikan tahap amalan kebersihan yang teruk penduduk wilayah berkenaan.

Menerusi kajian itu, penyelidik mengambil sampel kotoran yang terkumpul pada 409 orang ramai yang berhimpun di stesen kereta api di sekurang-kurangnya lima bandar Britain.

Apa yang mengejutkan, mereka menemui sisa kuman najis pada 28 peratus responden berkenaan.

Hanya 13 peratus tangan pengguna di Stesen Euston, London, terbukti dicemari berbanding 44 peratus mereka yang dinilai di Stesen Central Newcastle.

Pengarah fakulti itu, Val Curtis terkejut dengan hasil penyelidikan berkenaan.

"Ini disebabkan peratusan yang diperoleh itu jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal kami.

"Ia juga membuktikan wujudnya masalah kebersihan, khususnya aspek mencuci tangan di kalangan penduduk Britain," katanya. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan