Sabtu, 13 September 2008

Yahoo lakukan perubahan kosmetik


CALIFORNIA – Syarikat Yahoo Inc. sedang melakukan persediaan untuk mengubahsuai beberapa bahagian popular enjin cariannya untuk bersaing dengan laman web pencarian yang lain.

Perubahan kosmetik itu dianggap sebagai langkah penting Yahoo untuk terus bersaing dengan pesaing utamanya, Google Inc. dan pelbagai laman web popular komuniti yang semakin popular seperti MySpace serta Facebook.

Yahoo yang mempunyai 500 juta pengguna di seluruh dunia juga berharap dapat melonjak semula menjadi laman web paling unggul untuk pelayar internet dan pengiklan. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan