Rabu, 3 September 2008

Pengasas kasut Bata meninggal

PENGASAS: Gambar fail menunjukkan Thomas di kilang kasut Bata di Prague, Republik Czech.

TORONTO: Thomas Bata, usahawan kelahiran Republik Czech yang pernah menerajui empayar kasut Bata sempena nama keluarganya daripada 1940-an dan 1980-an, meninggal dunia pada usia 93 tahun di Kanada.

Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC) melaporkan, Bata menjejakkan kaki ke Kanada bagi memperluaskan perniagaan keluarga pada 1940.

Sedekad kemudian, ibu pejabat syarikat berkenaan dipindahkan ke Toronto di bawah pentadbiran Bata selepas kilang keluarganya di Republik Czech, dirampas pihak komunis.

Syarikat itu kembali ke negara asal pada 1989 selepas tamatnya pemerintahan komunis.

Thomas G Bata, cucu pengasas syarikat itu menjadi Pengerusi pada 2001.

Dokumentari CBC pada 2001 melaporkan syarikat itu sudah menjual lebih 14 bilion pasang kasut, jauh lebih tinggi daripada bilangan penduduk dunia.

Toronto turut menjadi lokasi Muzium kasut Bata yang menempatkan lebih 10,000 koleksi kasut. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan