Isnin, 8 September 2008

'Makan daging sehari seminggu'


LONDON: Orang ramai perlu mengehadkan pengambilan daging untuk membantu mengatasi masalah perubahan cuaca, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada sebuah akhbar Britain.

Pengerusi Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Cuaca (IPCC), Rajendra Pachauri, memberitahu akhbar The Observer orang ramai perlu memulakan hari bebas daging sekali dalam seminggu kemudian semakin mengurangkan pengambilannya.

Pakar ekonomi India berusia 68 tahun itu, yang mengamalkan memakan sayur, berkata perubahan diet penting dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan masalah alam sekitar yang dikaitkan dengan menternak lembu dan haiwan lain.

“Jangan makan daging sehari dalam seminggu pada awalnya dan kurangkan pengambilan dari situ. Dari segi kesinambungan tindakan dan munasabah mengenai pengurangan pada tempoh pendek, ia jelas peluang amat menarik.

“Perubahan gaya hidup skala kecil lain juga dapat membantu mengatasi perubahan cuaca,” katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan