Malah, pakar terapi psiko, Gary Neuman, menulis buku panduan mengenai apa perlu dilakukan isteri untuk menghalang pasangan mereka berfoya-foya dengan wanita lain.
Ia adalah buku kedua dalam masa seminggu yang mencadangkan agar wanita lebih merendah diri dalam perkahwinan. Nasihat Neuman termasuk selalu memaafkan suami, bersedia melakukan hubungan seks setiap kali diminta dan menunjukkan minat pada hobi pasangan.
Dalam bukunya, Advice in The Truth About Cheating: Why Men Stray and What You Can Do to Prevent It, Neuman berkata wanita perlu selalu memuji pasangan kerana menyediakan keperluan keluarga walaupun jika dia memiliki pendapatan lebih tinggi berbanding suami.
Penulis yang pernah muncul dalam rancangan Oprah Winfrey dan menghiasi majalah Time, mendakwa bukunya ‘dihasilkan untuk membantu isteri.’
Namun tidak semua wanita menghargai cadangan yang diberikan.
“Ini buku yang dahsyat. Ia lebih kepada cara melatih anjing berbanding hubungan yang jujur dan berjaya,” kata pakar psikologi hubungan dan penulis, Susan Quilliam. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan