Rabu, 3 September 2008

Burj Dubai capai ketinggian 688m

Bangunan Burj Dubai di Dubai, menara tertinggi di dunia yang sedang dalam pembinaan mencapai paras tertinggi terbarunya setinggi 688 meter, kelmarin.
- Reuters


DUBAI 2 Sept - Burj Dubai, menara yang sedang dibangunkan di sini oleh Emaar Properties, telah mencapai ketinggian terbaru - 688 meter.

Menara itu yang kini mempunyai lebih 160 aras juga dicatatkan mempunyai bilangan aras paling banyak di mana-mana bangunan, kata pemajunya dalam satu kenyataan.


Struktur itu menjadi menara paling tinggi selepas ia melepasi tiang KVLY-TV di North Dakota, di Amerika Syarikat pada bulan April lalu. Tiang TV berkenaan mempunyai ketinggian 628.8 meter.

Kini, kira-kira 7,500 pekerja profesional dan mahir sedang bertugas di tapak pembinaan Burj Dubai itu.

Projek Burj Dubai bernilai AS$20 bilion itu turut menempatkan hotel premium, kemudahan perniagaan yang eksklusif, kawasan kediaman moden, pusat membeli-belah dan kemudahan hiburan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan