
KABUL - Tentera Udara Diraja Britain (RAF) mendedahkan senjata canggih terbaru yang digunakan bagi membantu mempertahankan Empangan Kajaki di selatan Afghanistan, lapor sebuah akhbar semalam.
Senjata yang dinamakan Mantis itu adalah sebuah pesawat kawalan jauh lengkap bersenjata yang digunakan untuk mengawal penghantaran bekalan ke kawasan tersebut pada minggu lalu.
Pesawat sebesar sebuah lori kecil itu dilengkapi peluru berpandu pemusnah kereta kebal selain bom panduan laser dan mampu terbang sejauh 1,600 kilometer atau selama 30 jam tanpa perlu mengisi minyak.
Tidak seperti beberapa pesawat seumpamanya sebelum ini termasuk pesawat Reaper dari Amerika Syarikat, Mantis mampu diprogramkan untuk melakukan misi penerbangan dan berlepas dengan sendiri.
Kebanyakan pesawat kawalan jauh masa kini dikawal oleh seseorang dengan menggunakan alat kawalan di permukaan Bumi.
Model serba lengkap Mantis yang dibina oleh sebuah konsortium terdiri daripada firma British Aerospace BAE, QinetiQ, Rolls Royce dan GE Avitaion, memiliki radar pengimbas permukaan Bumi dan laser akan diuji pada hujung tahun ini. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan