Selasa, 2 September 2008

Bayi gergasi pada usia 11 bulan

BOGOTA: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan yang memiliki saiz kanak-kanak lapan tahun kini menjadi tanda tanya di kalangan doktor di Colombia ketika mereka berusaha mengenal pasti masalah yang dihadapinya.

Bayi gergasi itu direkodkan seberat 28 kilogram dan 25.2 kilogram lebih besar berbanding abangnya. Saiz itu juga memerlukan bayi berkenaan memakai lampin pakai buang besar.

Ibunya, Milena Orosco de Agudelo, berkata anak lelakinya itu mula membesar ketika baru berusia dua bulan.

Orosco berkata: “Anak saya menjalani beberapa ujian perubatan dan keputusan menunjukkan dia mengalami masalah tiroid tidak berfungsi. Kemudian, dia menjalani ujian kardiogram menunjukkannya memiliki tulang kanak-kanak berusia lapan tahun tetapi doktor tidak memberitahu bagaimana itu boleh berlaku.”

Berat normal untuk budak lelaki pada usia bayi itu ialah antara enam hingga tujuh kilogram dan kini menjadi tanda tanya di kalangan doktor yang cuba mengenal pasti bagaimana dia menjadi begitu besar.

Dr David Dias dari Hospital Pediatrik Barranquilla berkata: “Bayi itu perlu menjalani lebih banyak ujian untuk melihat sama ada dia obes atau kami berdepan dengan masalah hipertiroidisme.” - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan