Rabu, 27 Ogos 2008

Esso, Exxonmobil henti jual LPG selinder 49 - 50kg

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Esso Malaysia Bhd. (Esso) dan Exxonmobil Malaysia Sdn. Bhd. (Exxonmobil) akan menghentikan penjualan gas petroleum cecair (LPG) dalam silinder industri bersaiz 49 kilogram (kg) dan 50 kg untuk tujuan komersial berkuat kuasa serta merta.

Esso dan Exxonmobil dalam satu kenyataan berkata, semua pelanggan termasuk industri dan komersial yang memiliki silinder tersebut diminta untuk memulangkan kepada pengedar Esso dan Exxonmobil yang sah sebelum 21 Oktober ini untuk mendapat bayaran balik daripada pengedar.

Sementara itu, semua pengedar yang sah perlu mengembalikan silinder tersebut kepada Esso dan Exxonmobil sebelum 31 Oktober ini untuk mendapat semula deposit mereka.


Bagaimanapun, Esso dan Exxonmobil akan terus menjual LPG dalam silinder domestik atau untuk rumah yang bersaiz 11kg, 12 kg dan 14kg di bawah jenama Essogas dan Mobilgas - utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan