WASHINGTON: Cendekiawan yang juga ulama Turki yang kurang dikenali, Fethullah Gülen, diiktiraf sebagai 'Tokoh Pemikir Unggul Dunia' selepas menerima undian terbanyak dalam satu undian bagi menentukan 100 tokoh pemikir dunia.Gülen yang juga penulis lebih 60 buku menerima undian paling banyak iaitu lebih 500,000 undi dalam tinjauan dianjurkan secara bersama oleh majalah Britain, Prospect dan penerbit Amerika Syarikat, Foreign Policy.
Tempat pertama hingga ke-10 dalam senarai pemikir dunia itu kesemuanya dimenangi tokoh Islam termasuk dua penerima Anugerah Nobel. Penulis novel Tukri, Orhan Pamuk, berada di tangga keempat manakala peguam hak asasi manusia Iran, Shirin Ebadi di tempat ke-10.
Hasil keputusan itu turut mengejutkan penganjur dan berpendapat kemenangan itu disebabkan kempen meluas pengikut Gülen yang dikenali Pergerakan Gülen selepas akhbar terlaris Turki, Today's Zaman, melaporkan mengenai undian itu.
Editor Prospect, David Goohart, mengaku dia sendiri tidak pernah mengenali siapa Gülen sebelum ini dan berpendapat kemenangan itu menunjukkan keadaan di sebalik situasi politik yang berlaku di Tukri. - Agensi
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan