NEW YORK 19 Jun - Kajian Saintifik mendapati suplemen diet perubatan tradisional Cina dikenali sebagai Xuezhikang (XZK) yang dihasilkan daripada yis beras merah, kemungkinan besar dapat mengurangkan masalah jantung selepas berlaku serangan jantung.
"Yis beras merah Cina merupakan sejenis produk botani yang telah digunakan di China sejak berabad-abad lalu dalam rawatan kecelaruan peredaran darah," kata penyelidik dan penulis bersama, Dr. David M.Capuzzi di Universiti Thomas Jefferson, Philadelphia kepada ruangan Kesihatan Reuters.
''Persiapan bahan-bahan yang digunakan dalam kajian itu telah tumbuh di bawah kawalan teliti keperluan makmal, supaya komponen-komponen dapat dihasilkan,'' katanya.
Untuk kajian mereka, Capuzzi dan pelajar kolejnya telah mengambil seramai 3,986 lelaki dan 884 perempuan yang pulih daripada serangan jantung serta mempunyai tahap kandungan kolesterol yang tinggi.
Mereka diberi kapsul XZK atau placebo dua kali sehari, manakala agen rendah kolestrol lain dihentikan.
Tempoh purata rawatan ini mengambil masa selama empat tahun setengah. - Reuters
Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan