Khamis, 12 Jun 2008

Telefon bimbit tidak sebabkan kanser otak

LONDON : Sekumpulan saintis dari Jepun mendapati penggunaan telefon bimbit tidak menyumbang kepada peningkatan risiko jangkitan kanser otak seperti yang didakwa sebelum ini.

Saintis dari Universiti Perubatan Wanita Tokyo itu menjalankan kajian penggunaan telefon bimbit di kalangan 322 pesakit kanser dan 683 pengguna yang sihat.

Klik untuk melihat isi kandungan

Hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Kanser Britain itu mendapati, penggunaan telefon bimbit secara kerap tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan kanser otak.

Selain itu, kumpulan penyelidik turut menjalankan kajian mengenai sinar radiasi daripada pelbagai jenis telefon bimbit bagi mengenal pasti kemungkinan penggunaannya memberi kesan kepada bahagian otak yang berbeza.

"Dengan menggunakan kaedah dan teknik terbaru yang kami bangunkan, didapati tiada kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan kanser, sekali gus membuktikan telefon bimbit tidak menyebabkan kanser otak," kata ketua kumpulan berkenaan, Naohito Yamaguchi. - Reuters (06/02/2008)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan