WASHINGTON: Pluto yang disingkirkan daripada statusnya sebagai planet pada 2006 berikutan saiznya yang terlalu kecil, kini dikenali sebagai Plutoid.Malah, bukan Pluto saja, tetapi bintang kerdil lain akan turut dikenali dengan panggilan Plutoid.
Keputusan itu dibuat anggota jawatankuasa eksekutif Kesatuan Astronomi Antarabangsa yang mengadakan mesyuarat di Oslo, Norway, bagi memutuskan gelaran yang sesuai terhadap planet bersaiz kecil.
Plutoid juga ditakrifkan sebagai objek dalam orbit mengelilingi matahari yang terbukti jauh daripada Neptun.
Dua Plutoid terbaru adalah Pluto dan Eris, biarpun ahli astronomi menjangkakan dapat menemui lebih banyak planet kerdil sedemikian.
Satu lagi objek kerdil, Ceres tidak menepati ciri Plutoid kerana terletak di jaluran di antara Marikh dan Musytari.
Antara objek yang mengorbit Matahari atau dikenali Sistem Solar adalah planet Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun serta tiga Plutoid iaitu Pluto, Ceres dan Eris. - Reuters
BH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan