Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, kementerian Kesihatan, Datuk Che Mohd Zin Che Awang berkata empat daripada produk itu dikeluarkan oleh Maxi Herbs Sdn Bhd iaitu ML Spring Returns, ML Viraken capsule, Epimedi Plus capsule 400mg dan Tibulus Plus capsule 400mg.
"Satu lagi produk ialah produk Primax yang dikeluarkan oleh Le Fa medical Supplies (M) Sdn Bhd," katanya dalam kenyataan di sini.
Berikutan dengan penemuan itu, katanya Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah membatalkan pendaftaran produk itu kerana penggunaan sildenafil serta analog slidenafil tidak dibenarkan dalam ubat tradisional.
Katanya pengambilan ubat itu tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular yang lain."Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta," katanya.
Che Mohd Zin berkata penjualan produk itu adalah menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Jika sabit kesalahan penjual boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama, katanya.
Selain itu, katanya, syarikat yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan