Isnin, 9 Jun 2008

Kupu-kupu terakhir Scotland nyaris pupus

GLASGOW - Seekor kupu-kupu nadir yang hanya dapat ditemui di empat tempat sejak tahun 1853, berjaya 'diselamatkan' daripada satu sawang labah-labah yang dekat dengan tempat pertama ia pernah direkodkan.

Spesies Ethmia pyrausta yang dikenali kerana bentuk sayap berwarna hitam dan badan jingga itu amat jarang dikesan sehingga diberi taraf hampir mitos, menurut badan Pemuliharaan Rama-Rama Scotland (BCS).

Ia dijumpai dan dirakamkan oleh Andy Scott dan Margaret Currie yang ditemui dekat tasik Loch Morie, kawasan tanah tinggi Easter Ross berhampiran tempat spesimen asal direkodkan lebih 100 tahun lalu.

Jenis kupu-kupu nadir ini disahkan pakar Mark Young dan Roy Leverton yang mengetuai bengkel BCS di Pusat Medan Rama-Rama Aigas dekat Inverness-shire. Ulat bulu spesies itu belum pernah dijumpai lagi.

"Kini terpulanglah kepada manusia sendiri untuk mencari dan membiakkan kupu-kupu ini di habitat selamat kerana spesies ini mungkin cuma selesa tinggal di kawasan tanah tinggi," kata Young. - Agensi

source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan